Saturday 13 December 2014

Adab-adab ISTIGHFAR

Antaranya ialah :

1. Khusyuk
   
    Khusyuk beerti ketundukan dan ketenteraman yang menyebabkan kelembutan hati. Iaitu, istighfar        seharusnya dilakukan dengan penuh kerendahan diri, ketundukan terhadap kekuasaan Allah, hati        yang khusyuk dan jiwa yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT.

2. Pengulangan dan perbanyakkan istighfar
     
     Istighfar seharusnya dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian dan dilakukan pada             setiap masa. Hal ini dapat memberikan kesedaran kepada seseorang muslim bahawa diri kita tidak       pernah lepas daripada pandangan Allah dan tidak terkecuali daripada melakukan dosa sama ada          secara sengaja ataupun tidak sengaja.

3. Kesegaraan istighfar dan taubat apabila melakukan maksiat

     Hal ini kerana istighfar dan taubat amat berkait rapat dalam kehidupan seorang yang bergelar              Muslim. Taubat adalah wajib apabila melakukan sesuatu doa, sama ada dosa itu kecil mahu pun         dosa besar. Taubat juga tidak seharusnya ditangguh kerana dosa dapat mengurangkan iman.


dipetik daripada buku 'Mengecap Bahagia Dengan Istighfar dan Taubat'
p/s kalau ada salah dan silap, mohon comment.

Saturday 6 December 2014

Bla..bla..bla...

Herm,.. Since SPM pun dah lepas, mungkin bagi sedikit kelegaan pade aku. Tapi, sebenarnye taktau pun lega tang mane. Bosan je lebih. Yes! Bosannn.....Bosannn....  Ade kengkawan yg dpt tawaran PLKN, ade yg pegi holiday sampai tak dengar khabar berita langsung, ade yang duk melangut dekat rumah, taktau nak buat ape. Yeah, akulah tu kot. Duduk melangut dekat rumah or lebih spesific lg, dekat kedai.
But, actually untung sebenarnye pade sape yg dapat tawaran PLKN tu, at least ade jugak something nak diusahakan. Takdelah melangut dekat rumah macam aku nih. Urgh, WHATEVER! macam tekanan perasaan pun ade. K, Assalamualaikum!
             

Monday 26 May 2014

Exhausted!

Assalamualaikum..
             
              First of all, memang tira rasa rindu sangat dengan blog ni. Dah lama tak update blog ni. Buzy dengan segala macam acara and perkara. Tahun last lah katakan. So, everything must be under control. And terpaksa kerahkan segala kudrat yg ada ni. Cewahh, macam kuat sangat bunyinya. Tapi, realitinya, budak Form 4 lah yg kena pandai ambil alih semua tu. Mungkin diaorang belum cukup matang lagi kot. Tu asyik mengharapkan orang atasan je. 

                Sebut pasal exam...Seriously, I admit that I didn't make it well as my wish. Terasa macam nak ulang paper pun ade. Especially, ADDMATH! I don't know why but this subject really drown me crazy. Disebabkan result Addmath yg teruk, maka sejarah pun terciptalah. Nur Athirah Syazwani masuk bilik Penolong Kanan Pentadbiran utk kali pertama dalam seumur hidup sejak masuk sekolah menengah. Tak apelah, masih ada masa lagi. Tapi bukan masa untuk bermain-main dan bermanja sakan dengan kawan-kawan. 

                 Oklah, see you next time Blogger, Facebook, Twitter and other else. Ada misi yg perlu diselesaikan! Assalamualaikum.. :)   

Monday 30 December 2013

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!
HAPPY BIRTHDAY TO ATHIRAH!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU! (tepuk tangan)

Haha.. Macam syok sendiri pulak. Now officially i'm sixteen years old. Dah semakin tua nampak gayanya. Ok, drop the subject!

Now, everyone sibuk duk wish Happy New Year sama ada di FB, Twitter, Instagram and others.

So, untuk kesempatan ni, sebelum bunga api meletup dan jam berdetik pukul 12 tengah malam, I want to wish all of you walau di mana anda berada..

Wednesday 25 December 2013

Assalamualaikum.

Sudah lama rasanya tidak memulakan coretan di blog ini. Coretan luahan hati dan perasaanku sendiri. Mungkin ayat ni terlalu skema. Atau jiwang. Tapi inilah diriku. Diriku yang sukar difahami dan diselami oleh semua orang. Terutama yang belum mengenaliku. Haha. Entah Apa yang aku fikirkan dan coretkan tika ini.

Hmm.. Tahun hadapan mungkin tahun yang paling sibuk bagiku. Tiada masa untuk manjakan tubuh dan minda. Tiada masa untuk berborak kosong tanpa arah tujuan. Tiada masa untuk tidur di dalam kelas lagi. Haha.. Kerana tahun hadapan aku akan berjuang. Bersiap sedia ke medan perang. Bersama-sama puluhan ribu pelajar yang lain. Yang mungkin lebih hebat dan cemerlang daripadaku. Ya!! Aku perlu bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan SPM. Penentu hala tujuku. Sama ada ke arah kejayaan atau kehancuran.

Ibu bapa dan orang sekelilingku mula menaruh harapan. Semoga aku dapat memenuhi impian mereka untuk melihat aku berjaya.Tapi aku takut. Aku takut aku tak bisa memberikan apa yang mereka mahu. Dan mengecewakan mereka.

Tika ini, aku cemburu melihat rakan-rakanku yang lain. Yang sudah mula bersiap sedia memulakan peperangan. Aku ingin duduk bersama-sama mereka. Belajar apa yang aku kurang mengerti dan berkongsi pendapatku kepada mereka. Aku berasa malu. Malu kerana diriku masih belum melakukan apa-apa persediaan. Bagaimana aku hendak hadapi hari tersebut? Hari dimana aku melangkah masuk ke dalam dewan. Dengan membawa ilmu dan pesanan yang dititip oleh guru-guruku.Apakah cukup untuk aku menjawab soalan-soalan itu nanti? Atau mungkin aku akan kecundang dari awal lagi?

Sahabatku berpesan, lakukan yang terbaik. kemudian serahkan semuanya kepada Tuhan. Mungkin benar apa katanya. SERAHKAN SEGALANYA KEPADA ALLAH. itu tekadku.

Friday 12 July 2013

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk empat hari seluruh umat Islam menjalankan ibadah puasa. Ok, now.. saya nak persembahkan novel terbaru saya. Tapi.. Tajuknya saya belum decide lagi. Jadi, terpulang pada anda pembaca sekalian untuk memberi buah fikiran anda tentang tajuk cerpen ni. Assalamualaikum..

Wednesday 26 June 2013

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan dah nak menjelang tiba. Kedai runcit semua dah penuh dgn produk kurma especially Yusuf Taiyob. Tetiba tak sabar nak solat terawih and berbuka puasa dengan family. Coz waktu puasa saje sy dpt bersama-sama dgn family sy. But before that, sy nak bgtahu juga, apa yg sy lalui spanjang dua minggu nih.

Firstly, sekolah sy ada buat minggu kokurikulum selama seminggu. Macam-macam permainan yang ada, tp saya cuma tengok saja. Hahaha.. Then, pada hari khamis, saya terpaksa (ceh,terpaksa konon..) membawa nama dan maruah sekolah dengan mnyertai pertandingan pidato peringkat daerah. Tapi, rezeki tak menyebelahi saya, sekadar dapat saguhati saja.
Ok fine. See you next time. Assalamualaikum.