Saturday 13 December 2014

Adab-adab ISTIGHFAR

Antaranya ialah :

1. Khusyuk
   
    Khusyuk beerti ketundukan dan ketenteraman yang menyebabkan kelembutan hati. Iaitu, istighfar        seharusnya dilakukan dengan penuh kerendahan diri, ketundukan terhadap kekuasaan Allah, hati        yang khusyuk dan jiwa yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT.

2. Pengulangan dan perbanyakkan istighfar
     
     Istighfar seharusnya dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian dan dilakukan pada             setiap masa. Hal ini dapat memberikan kesedaran kepada seseorang muslim bahawa diri kita tidak       pernah lepas daripada pandangan Allah dan tidak terkecuali daripada melakukan dosa sama ada          secara sengaja ataupun tidak sengaja.

3. Kesegaraan istighfar dan taubat apabila melakukan maksiat

     Hal ini kerana istighfar dan taubat amat berkait rapat dalam kehidupan seorang yang bergelar              Muslim. Taubat adalah wajib apabila melakukan sesuatu doa, sama ada dosa itu kecil mahu pun         dosa besar. Taubat juga tidak seharusnya ditangguh kerana dosa dapat mengurangkan iman.


dipetik daripada buku 'Mengecap Bahagia Dengan Istighfar dan Taubat'
p/s kalau ada salah dan silap, mohon comment.

No comments:

Post a Comment