Wednesday 25 December 2013

Assalamualaikum.

Sudah lama rasanya tidak memulakan coretan di blog ini. Coretan luahan hati dan perasaanku sendiri. Mungkin ayat ni terlalu skema. Atau jiwang. Tapi inilah diriku. Diriku yang sukar difahami dan diselami oleh semua orang. Terutama yang belum mengenaliku. Haha. Entah Apa yang aku fikirkan dan coretkan tika ini.

Hmm.. Tahun hadapan mungkin tahun yang paling sibuk bagiku. Tiada masa untuk manjakan tubuh dan minda. Tiada masa untuk berborak kosong tanpa arah tujuan. Tiada masa untuk tidur di dalam kelas lagi. Haha.. Kerana tahun hadapan aku akan berjuang. Bersiap sedia ke medan perang. Bersama-sama puluhan ribu pelajar yang lain. Yang mungkin lebih hebat dan cemerlang daripadaku. Ya!! Aku perlu bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan SPM. Penentu hala tujuku. Sama ada ke arah kejayaan atau kehancuran.

Ibu bapa dan orang sekelilingku mula menaruh harapan. Semoga aku dapat memenuhi impian mereka untuk melihat aku berjaya.Tapi aku takut. Aku takut aku tak bisa memberikan apa yang mereka mahu. Dan mengecewakan mereka.

Tika ini, aku cemburu melihat rakan-rakanku yang lain. Yang sudah mula bersiap sedia memulakan peperangan. Aku ingin duduk bersama-sama mereka. Belajar apa yang aku kurang mengerti dan berkongsi pendapatku kepada mereka. Aku berasa malu. Malu kerana diriku masih belum melakukan apa-apa persediaan. Bagaimana aku hendak hadapi hari tersebut? Hari dimana aku melangkah masuk ke dalam dewan. Dengan membawa ilmu dan pesanan yang dititip oleh guru-guruku.Apakah cukup untuk aku menjawab soalan-soalan itu nanti? Atau mungkin aku akan kecundang dari awal lagi?

Sahabatku berpesan, lakukan yang terbaik. kemudian serahkan semuanya kepada Tuhan. Mungkin benar apa katanya. SERAHKAN SEGALANYA KEPADA ALLAH. itu tekadku.

No comments:

Post a Comment